FAN CLUB

About Me

My photo
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hai...Nama diberi Irma A. Wahid...Seorang Graphic Designer...Bekerja di Bandar Baru Klang..Blog dibina sekadar suka-suka, share tentang diri sendiri atau isu-isu semasa, gosip artis, info kehidupan dan sebagainya...SINGLE??? Opsss..tidak...sudah berpunya dan bakal menamatkan zaman bujang bersama sidia yang tercinta...

Jun 8, 2011

e- coli BAHAYA

assalamualaikum


jom hindar dari kene e-coli
opss..sebut betul2..sebutan dy bukan COLI... C+O+L+I
tapi KOLAI =K+O+L+A+I


ejaan je cam COLI
HAHAHA


bahaya weh wabak ni
jgn la smpi ke MALAYSIA lak



pix_gal0





















Bakteria mampu berjangkit antara manusia dianggap paling berbahaya 




GENEVA: Wabak E.coli kini dikesan di 12 negara dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia.

Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain.
Lebih 1,700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini. 

WHO menyatakan, bakteria penyebar wabak itu adalah baru dan lebih mudah berjangkit selain tahan antibiotik dan mempunyai tempoh inkubasi selama lapan hari yang bermakna jangkitan belum sampai kemuncaknya. 

Pakar masih tidak pasti sumber jangkitan meskipun menolak teori awal bahawa ia daripada timun Sepanyol. Kebimbangan meningkat hingga Russia mengharamkan import semua sayur-sayuran Eropah. 

Sementara itu, saintis yang menyiasat jangkitan mendapati bakteria itu membawa toksin biasa yang beracun dan boleh melekat pada usus pesakit. 
Mereka mengakui E.coli jenis terbaru ini paling beracun terhadap manusia. Kebanyakan Escherichia coli, atau bakteria E.coli, tidak berbahaya. 

Bakteria yang menyebabkan penduduk Eropah jatuh sakit dikenali sebagai 0104:H4, yang menghasilkan toksin Shiga atau STEC. 

Antara petanda jangkitan ialah cirit birit dan muntah. Dalam kes memudaratkan, ia menyebabkan sindrom uremik hemolitik (HUS) iaitu serangan terhadap buah pinggang hingga menyebabkan koma, sawan dan angin ahmar. 

“Jerman kini melaporkan 470 kes HUS. Ini amat luar biasa,” kata Dr Robert Tauxe, pakar penyakit bawaan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC). 

CDC bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan Jerman dalam kes itu sejak lewat minggu lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...