FAN CLUB

About Me

My photo
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hai...Nama diberi Irma A. Wahid...Seorang Graphic Designer...Bekerja di Bandar Baru Klang..Blog dibina sekadar suka-suka, share tentang diri sendiri atau isu-isu semasa, gosip artis, info kehidupan dan sebagainya...SINGLE??? Opsss..tidak...sudah berpunya dan bakal menamatkan zaman bujang bersama sidia yang tercinta...

Aug 26, 2011

muka BOSAN!! cmni kot

gambar diambil dalam wayang..takde kene mengena dengan tajuk entry..haha..mengong je aku
BOSAN ni!!!

~~sekian~~

PELANGGAN TETAP COSMOPOLITAN


cover edisi SEPTEMBER
canteeekkkk sangat kombinasi color tu
SUKERRRRR


yang penting!!!
gambar KAKAK aku
awwwwww
ko ado??

Kempen Pelalian HPV - Cegah kanser serviks


Ini ade sedikit info tentang kempen Pelalian HPV - Cegah kanser serviks
perkara ni jangan di ambil mudah sebab ia berkaitan kesihatan wanita
pada anak2 gadis seperti kamu, pergi dapatkan pelalian ni dekat klinik kerajaan


Apakah pelalian HPV ?
Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :

Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama. 


lagi info sila klik SINI

Bile rasanye da malas nak keje ni

aduhhh..lagi sehari je kot aku kene kerja...tapi kerje pun da xde senanye..layan FB je lebih dgn Blog...bosan dah ni..cm nak cabut lari jalan2 kat PKNS SHAH ALAM je...sapa nak teman??? terpksa lah g sorang2 kalau nak jalan pun...sediiihhhh

KAKAK AKU NAK KAHWIN TAHUN DEPAN

Salam Ramadhan
emm jemputlah datang ke majlis kahwin kakak aku tahun depan
dorang da plan tapi tak gitaw umum lagi bile langsungnya
korang tunggu je taw

sweet tak?? sweet kan
 cerita selanjutnye DISINI


KAD RAYA BUAT MEREKA PART 3

Sebelum ni aku da bagi hampir sepuluh orang KAD RAYA BUATAN TANGAN SENDIRI pada kawan2 blogger aku dekat SINI dan SINI

dan ini ada lagi tuk mereka~~~
http://mentega-terbang.blogspot.com/
http://belogjuryn.blogspot.com/

RAYA KETIGA BERSAMA TERCINTA

Serasa macam baru semalam kite bertemu, bercinta
tapi sedar tak sedar kite da hampir tiga tahun bersama menyulam cinta
insyaallah...andai diberi umur panjang, aku ingin menjadi suri dalam hidupmu
menjagamu sepenuh hatiku, menyintaimu sampai akhir hayatku


SELAMAT HARI RAYA SAYANG
SEMOGA HARI RAYA KALI NI BERI SERIBU KEBAHAGIAAN BUAT KITA
MAAFKAN SALAH SILAP I SELAMA NI ANDAI PERNAH MENGGURIS HATI U
SAYANG U SAMPAI BILA2~~~heheh..=)

sorry ter'download' dlm FB...heheheh..cyg u~~muah2~~

BALASAN KAD RAYA DARI SIDIA

Aku hantar kad raya pakai blog je skrg ni
 so hantar pada sorg kenalan baru blog ni
~~~comei orgnye~~~

dan baru pagi ni aku bukak blog, aku dapat balasan kad raya dari dia

THANX DEAR
selamat hari raya aidilfitri
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Aug 23, 2011

FENOMENA HANTAR KAD RAYA KAT FB DAH START

SALAM RAMADHAN
kawan-kawan da ramai yang edit gambar sendiri, ade yang gambar dengan pakwe masing2 lah, ade yang buat kad raya sendiri la, doodle lagi dan macam2 la...and post kat FB....

aku bile lagi????
huhuhu...aku mesej MR BUAH HATI aku

"nanti u design kad raya pastu kite tag kan kawan2 kite yer"


"tapi gmbar xde"


"ala gmbar raya tahun sudah yg baju kite sedondon tu kan ade, u amek jelah"


"okey darling"

hahaha..gedik kan??
orang buat kite pun nak
pastu suruh MR BUAH HATI lak buatkan
padahal tahu je buat sendiri

(sebab aku tahu dia buat akan nmpk lagi cantik)
heheh...(MALAS senanye aku ni) hahah

Aug 22, 2011

RAYA - RAYA JUGAK...merdeka jangan dilupa!

AWAS!!!







haa korang tu..
memang sekarang mood raya tengah berkobar2
tapi jangan dilupa
raya kite bakal disambut selepas negara MERDEKA
oleh itu, kemeriahan raya tu bagi sikit dekat MERDEKA ok
baru FAIR ~~~~=)


p/s: depan rumah aku da kibar bendera MALAYSIA..korang bile lagi?

THANX LYANA MAHAT~~~~

salam ramadan

thanx taw LYANA MAHAT
sbb sudi buatkan kad raya cute cmni
jgn marah sbb i ade dua
nak camni g mintak kat dia
hehehe

suke header awak
kalerpul cam header saya gak
HEHEHE


KAD RAYA DIKIRIM DI BLOG SAHAJA


selamat hari raya

korang dah tengok FINAL DESTINATION 5?

SALAM RAMADAN

puasa tak?
ohh aku tentulah puasa
dengan gembiranya aku mengaku yang aku belum ponteng puasa lagi
YEAYYY

semalam aku pergi tengok FINAL DESTINATION 5



nak tawu tak, movie ni one of the my FAVOURITE MOVIE taw
why?
sebab bergenre seram ade ala2 psycho, campur action, eh mcm2 mix genre la
yang pasti aku suke kan movie ni sebab ade bunuh2 hahahaha

haaaaa..korang jgn pikir lain lak
ade sesetengah orang x blh tengok citer cenggini
kang ade yang tak lalu makan la sbb teringat scene yang terpotong badan la, darah la, mata tercocok la
kannnnn!!!!

tengok kat PAVI

tapi aku tak!!
filem2 camni la yg aq cari bile ditayangkan kat wayang

pendek kata ape je cerita SERAM, PSYCHO, BUNUH, ACTION, THRILL...mmg aku suker gilerr
kebetulan pula memang da lama tunggu citer ni
so ajak la insan tersayang pegi tengok
cik abg pun sekepala klu bab2 camni
(sebenarnye dia nak tengok CAPTAIN AMERICA disebabkan aku yang belanja wayang so dia kene ikut cakap aku)
HAHAHAHAHAHAH

Dalam wayang sempat lagik

Buah hati saya - FIK

Aug 18, 2011

KONSEP TANDAS TERBARU DEKAT MALAYSIA, nak tak?


NGAHAHAHAHA
aku tengok sekali je aku da x lalu nak masuk
serupa buang air kat luar je kalau masuk pun orang still boleh nmpk 'butt' korang
HAHAHAHA..


ADA2 JE LA KAN~~~
korang nak tandas camni?
styleeeeee dakkkkk!!!!
HAHAHA

POSE2~~~x ley gelak lebih2 sgt..kih3~

PETAI GERGASI


SEDAP KE AGAK2?
hahaha...
bape bulan aku kene makan petai ni kalau dah camni gaya besornye
HAHAHAHA

muke pakcik kat atas tu cam x larat je gaya nak membawaknye
kih2
berat x pakcik??
=))

pastu kentut korang pun kemain BUSUK lagi kannnn..setahun baru hilang bau..HAHAHA

Tips 10 Malam Terakhir Ramadan

 MALAM LAILATUL QADAR

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. “Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).

Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud,

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya. 





Tips

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.



SEMOGA ANDA DAPAT BERTEMU DENGAN MALAM LAILATUL QADAR...INSYAALLAH~~~=))


IHSAN DARI : I LUV ISLAM

Gambar : Kad Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana, Konsep Jawi & Khat.

KAD JEMPUTAN KAHWIN ASYRAF MUSLIM
Unik kan? cantik..dan sangat berpandukan Islam...Inilah dia kad jemputan kahwin pelakon Pelakon kacak & pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim & pasangannya, Noor Dayana yang akan mengikat tali pernikahan mereka di Kota Mekah pada 1 Syawal...

semoga berbahagia kalian


SEPADAN

Aug 16, 2011

Entry Khas buat SI CANTIK SALLY

SALAM RAMADAN KALIAN

lagi 10 minit i da nak pulang dari opis
sebelum tu kite kene tunaikan request dari seorang gadis bernama SI CANTIK SALLY
(wanna know her click at her name go to her blog)
by de way u, nice to know u
thanx sudi jadi follower i
and for the rewards (not cash) 

i give u this


hope u will like it
so colurful rite
and nice like me
HAHAHA
perasan je aku

ok sally, keep in touch
and selalu2 lah drop komen kat blog i
daaa
=))

you're de lucky one my dearest follower

AWARD
bermurah hati nak hadiahkan ini kepada mereka berdua
(harap dapat paste award ni da letak di sidebar, x mahu xpe, saje nak bg sbg pghargaan)

1) Nur Izatul - im renee


2) Adylia Qarissa - dkna abza


sebab ape?
sebab dorang ni percaya akan keupayaan saya men'design' HEADER tuk dorg

itu sahaja entry untuk petang yang mulia ini
salam ramadan dan selamat berbuka puasa
=)


Design Header TUK Adylia Qarissa....

header baru awak

(nak kenal dia pegi blog dia)
header awak telah pun siap
macam beselah saya pasti akan main dengan color design
sebab saya sukakan keceriaan

tengok jelah header sendiri
klu ade kaler lain memang saya nak letak je lagi
HOPE awk suke
dan lepas ni boleh trus upload kan
dan saya nak bg cdgn sikit
ape kata awk tukar blog background
cari yg ceria but simple
cadangan SAHAJA

enjoy your new header
=)

hehehe...

30 mengenai perempuan ( certain betul, certain x. quite interesting, so copy & paste dr kwn. soo, enjoy! )

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.  

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-)

Aug 15, 2011

NO ENTRY






SADNESS
=(

BUKTI CINTA BUAT SAYA

HASIL LUKISAN BUAH HATI

TERIMA KASIH SAYANG
SEBAB U SUDI LUKIS GAMBAR I
MESTI BUAT DENGAN PENUH INSPIRASI 
YE DAK

tu ha buah hati saya..dekat header atas tuh...dia pandai melukis taw

~~~MUAH2~~~
SYG DIA SORANG

vote for me if u like it =)

saya ada masuk satu contest ni
bergambar bersama si kecil

ni gambar yang perlu korang LIKE

ABG NI YANG WAT CONTEST TU

SO I NEED YOUR HELP IF KORANG SUKE LA GAMBAR I TU
senang je cara dia

1) KORANG BUKAK FB dan cari PAGE ni  kemudian LIKE YER hafizilmi.blogspot.com (mr_right)
3) LIKE jugak tawww

senang kan
so klu suke jelah like gambar tu..tak suke tak paksa
THANX

TETAP BERBANGGA SEBAB SOKONG DATUK LEE CHONG WEI

SALAM RAMADAN

semalam korang tengok perlawanan akhir KEJOHANAN DUNIA BADMINTON dekat London tak??
aku ni peminat no1 sukan badminton
dah tu sukan yang aku reti main dan faham gaya atur permainan dia
so aku minat lah

tetap menyokong datuk LEE CHONG WEI walaupun dia kalah
tapi kalah dengan bermaruah
so aku tak la frust sangat dengan kekalahan tu
sebab menang tipis je kot LIN DAN tu~~

by de way, ape pun yang berlaku aku akan tetap SOKONG arena sukan negara
dan ucapan kepada DATUK LEE CHONG WEI

"SELAMAT MENDIRIKAN RUMAH TANGGA BERSAMA WONG MEI CHOO"

bakal datin tuh..huhuhu..SELAMAT KALIAN~~

Aug 12, 2011

LAWA ISTERI YASSIN SENARIO


“Kami Lebih Mencintai Satu Sama Lain Selepas Berkahwin” – Farawahida, Isteri Kepada Yassin Senario. 

 

Pasangan suami isteri, Yassin & Farahwahida Maharidan, 32, muncul sedondon di Melodi Raya 2011 dalam busana warna hijau sempat menceritakan kisah kehidupan mereka selepas berkahwin. Mereka berdua yang diikatkan sebagai suami isteri pada 15 Mei 2011 di sebuah majlis bertempat di rumah pihak perempuan di Presint 18, Putrajaya mengakui lebih mencintai satu sama lain selepas berkahwin

CERITA SELANJUTNYA ----> 


IHSAN DARI: OHBULAN!

500 orang!! yeay!! KEMON~~

salam ramadhan

WOW!!!
ritu 400 tapi dlm masa seminggu lebih
hampir cecah 500

wow!! wow!!!

amazing!!
hahah

jom follow lagi bebeh~~~
tak sabar nieh

Design Header TUK rinie...

new header buat awak
(nak tawu siapa gadis ini, klik nama dia tu ok)
header awak da siap
nape akak pilih gmbar mata awak?
sebab mata awak cantik dan bulat
ha korang jgn tengok lelame sgt
nnti tak boleh bawak tido ke malam
~~~angau~~~
hehehe

hope adek suke taw~~~~~~akak suke main dgn kaler la
sbb itu melambangkan KECERIAAN kite

enjoy your new HEADER syg

MY NEW HEADER by me~~

salam ramadhan
mood telah bertukar kerana HEADER juga telah bertukar
hati tengah senang so design header sdri


 
yang sebelum ni
dan yang sekarang
mesti korang nak tawu sape laki dlm tv color tu?
tu la along saya!!!
(aku mana ade adek beradek lain, mana dtgnye along)

hahahaha..
OPSS!!!..bukan
tengok jelah kat tepi sidebar tu ha
penuh gambar dia
tentu2 la BUAH HATI PENGARANG JANTUNG SAYA

kenapa FIKMELUV ade kat situ?
sbb FIK nama buah hati
ME represent saya la
LUV tentu2 lah CINTA

kan~~~

selamat berpuasa kawan-kawan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...