salam satu malaysia
hai korang....dah tengok belum movie terbaru 'PENUNGGU ISTANA' kat wayang?
kan 1st movie paranormal kat MALAYSIA..
banyak sangat spekulasi tentang crite ni wo...
aq dah tengok kelmarin..agak seram la pada nak ending tu kan
kalau betul crite rakaman sebenar, memang ia sgt mengerikan la
even tak nampak hantu, tapi footage yang ditemui tu, perghh...
tapi nak caya seratus peratus tak boleh jugak
sbb kite org islam kan..kang khurafat kalau percaya sangat
so same2 lah kite renungkan..
nak tak caya sangat pun tak boleh
sebab kewujudan jin dan hantu itu ade...
ape2 pun WALLAHUALAM....hanya ALLAH tawu segalanya
so lets check it out ape yang aq da selidik..
hahahaha..gigih kan aq selidik..
mende2 cmni mmg menarik minat aq weh..
kalau korang nak tawwu sinopsis
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.
selepas ini kite tgok lak spekulasi yg timbul...aq malas nak cakap lebih...cume aq bg link tuk korg tgok...dan nilaikan sdri..klik sini >>>>
da dapat jawapan???
Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf.
sapa mereka??
dorg ni lah pelakon a.k.a watak sebenar dlm cerita tuh...pelakon yg sebenar...kot~~~
keadaan luar istana
pelajar yg bernama diatas
masih belum jelas g kan...ade yg marah ade yang sokong..
now check lak blog uncle seekers ni..
mungkin korg tawu selanjutnya
katanya waris keluarga BILLAH..(pemilik istana tu) tak berpuas hati
dah baca blog uncle tuh...kene lah rajin ye cek link tuh...
satu lagi beb...cek link ni....>>>
klik
"emm....so untuk conclusion aq tataw nak bg penutup yang cmne..cume, aq nak korang je berpikir...lagi pun hal ni da melibatkan kerabat diraja perak taw..so pada side tak baiknye, tak elok la kite selongkar hak peribadi org kan..tapi pada side baiknya, dapat membongkar kisah sebenar yg korang sendiri pun tak sedar...dan jadikan teladan..jgn suka2 cakap lepas..kene beringat.."
kite hidup didunia bukan hanya manusia je..makhluk kalus pun same2 hidup dgn kite..kite tak kacau dia, dia tak la kacau kite kan...
hohoho..gigih la aq ni wat entri camni..
so, akhir kata aq...
kepada : sesapa yang berkenaan saya IRMA minta maaf andai ade salah dan silap kat mana2..bukan nak menyibuk cume nak berkongsi sahaja..
sekian