FAN CLUB

About Me

My photo
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hai...Nama diberi Irma A. Wahid...Seorang Graphic Designer...Bekerja di Bandar Baru Klang..Blog dibina sekadar suka-suka, share tentang diri sendiri atau isu-isu semasa, gosip artis, info kehidupan dan sebagainya...SINGLE??? Opsss..tidak...sudah berpunya dan bakal menamatkan zaman bujang bersama sidia yang tercinta...

Dec 22, 2011

Macam ni ke IDOL korang...INDONESIAN IDOL..hahahah

saksikan lah sendiri..HAHAHA..syok sendiri maaa


blackBerrackk...

haiiiii....
hajat hati nak tukar hp baru..tapi duitnye cukup ker?
macam tak je
bila nak tukar ni??????


mak dah gatal tgn ha nak tukar baru niiiii..kih3
sapa ade duit bg pinjam kat saya?!!!


pinjam laaa
nak beli ni satu



















pinjam la duit ea???? hahahah...

Dec 17, 2011

kami dak VISIO...GRAPHIC student Uitm Shah Alam

VISIO...trademark GRAPHIC STUDENT KELAS AD 221 5B..
Salam
saya tahu lama sudah saya x update blog
agak bersawang sebab start je semester, saya sudah tinggalkan dunia blog
its sound like im bz giler rite..BUT yes it is...so bz
lebih2 lagi saya dah FINAL YEAR STUDENT...
more projek kene move on here and there..bla..bla..bla,,

bila dah lama x post pape ni, tetiba rasa nak start intro perkara baru
so...INTRODUCING our identity of class...VISIO..

What means visio???
ohhh..word itu diambil dari perkataan LATIN yg membawa maksud IDEA...
lebih kurang gitu la..

dan kami satu kelas sangat unite dan telah mengabadikan kenangan tuk diingat masa tua nanti
bila da ada anak cucu, blh crite kt dorg..haha



I LOVE AD (ART & DESIGN)
MAJULAH GRAFIK UNTUK NEGARA...yeayyyyy

Oct 11, 2011

Oct 10, 2011

2nd TIME PEGI TENGOK BOLA BOLEH?

kawan-kawan yang taksub

keluar selepas habis separuh masa pertama

duduk dekat side bawah skrin besar tu

semangat si buah hati..dialah paling suke tengok bola



percaya tak ini adalah kali kedua aku tengok bola kat stadium??
yang 1st dlu time umur aku 5-6 tahun kottttt
entahhhh...dah luperrr
HAHAHA..
xde sape nak bwk aku g stadium
nah aleh2 BF aku yg ajak...pegi jela
ok...kih3

Sep 25, 2011

PUNCA JARANG BLOGGING

inilah jadual saya yang memerlukan saya fokus untuk sem ni...GIGIH la hei duk wat jadual cmni..siap letak kat dekstop lappy g...bg alert dgn waktu schedule...kerja sambil blajar...terpaksa.....so, kalau saya jarang update blog sbb ni lahhh

satunye...malas dan penat ha nak berjalan2 area blog..mata da penat duk pndang lappy je....
xtaw nak update ape sbb otak da jam ha
aiyoooo

p/s: korang ade wat sdri jadual guna excel ni? klu ade same x cam saya punye...subjek sume ade 10...macam nak SPM....esok2 lusa dapat 10A's..yuhhhh

Sep 21, 2011

FORMULA MATEMATIK...hafal ok!

kerjaya + study = larat ke tak???

ade jawapan lain???
sila berikan~~~

Sep 15, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME =)))) =((((




15 SEPTEMBER 2011 genap umur ku yang ke tet~~~~~~~~errrr
nak tawu ker?????
ok..boleh lah tahuuuu
lagi pun i bukan artis nak rahsia umur ye dak

yang ke 22 TAHUN!!!!
tua ke????
oh tak lagi...muda remaja dan belia..hik3~~
emmmm....HADIAH????
korang nak bagi ke?????

p/s: bagi hadiah mahal2 ok..hahaha..demand memang nak kene cepuk la aku ni kang...hahahah

Sep 12, 2011

HARI NI START SEM BARU...PEGI KELAS TAK KORANG?

fakulti kebanggaan saya
bangunan kebanggaan saya FSSR

SEMESTER BARU DAH BERMULA!!!!
BELAJAR RAJIN-RAJIN WEI!!!
JANGAN TANGGUH KERJA!!!
PROJEK DA MAKIN MENAMBAH KANG!!!
BUAT BETOL-BETOL!!!


hahahahah..kemain semangat lagi aku bagi motivasi dekat diri sendiri
padahal setiap sem, inilah yg diseru ke dalam diri tapi tetap gak malas~~~HAHAHAHAA
adat lah tu kan~~~huahuahu

Sep 9, 2011

DULU NAK JADI PRAMUGARI SEKARANG JADI APA???





Masa kecik2 dulu cita-cita aku nak jadi PRAMUGARI......suke sangat tengok dorang lawa2 tuh...tapi sekarang da terlajak jadik DESIGNER......

so korang...ape cita-cita korang masa kecik??? sekarang ni jadi tak macam yang korang idamkan????

CIRI-CIRI WANITA PENGGODA? korang ke camtu??



10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda

 1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm...

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.


3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.


8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

TEKNIK MEMIKAT LELAKI..menjadi ke?

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lekukan apa yang dia tidak suka.
  6. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut.
  8. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  9. Jangan terlalu mengokong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
p/s: korang ada? nilai lah diri sendiri~~~~

Sep 8, 2011

KENALI 8 SIKAP WANITA YANG DISENANGI LELAKI

1. Keanak-anakkan 
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna...

P/S: rasanya sikap aku ade antara no 1 hingga no 7....no 8 tu tengok keadaan baru ley kesiann..hahaha

HARGA BIDAAN UNTUK KAHWIN...hahaha

JUST SHARE..
Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini (Ringgit Malaysia) dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-
  1. UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000SPM : RM3,000-RM8,000
  2. STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
  3. DEGREE : RM12,000-RM15,000
  4. ... 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
  5. PHD : RM20,000-RM30,000
  6. ***TETAPI YG DEGREE KE ATAS KALAU XPANDAI "MASAK" AUTOMATIC AKAN DI TOLAK 50% DRPD NILAI BIDAAN***

 - Sumber BERNAMA

mana dapat tah~~~aq main copy je..tapi yg penting kt fb bnyk nau org post..HAHAHA 
 nasib baik aq reti masak...maka dengan itu, tak lew kene tolak..HAHAHAHA..tetap rm12000..huahuahuahuah

20 Tanda Lelaki Jatuh Cinta-ketahuilah~~

1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara untuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin  dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

19. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan. 


Anda baru tahu????

ARTIS TAK PUAS HATI DENGAN KONSERT SUARA KAMI 2011

 Macam2 ye yang kite dengar tentang konsert ni....tawu sapa yang tak puas hati tu???

FAIZAL TAHIR & LAN TYPEWRITER

Merekalah yang tak puas hati tu...katanya pihak penganjur cam tak patot lah invite artis dari luar tuk menjayakan  konsert tuh...kan?? bagi aku pun, betol jugak...kata konsert satu malaysia..tapi nape perlu ade artis luar negara,,tak cukup ke artis dlm negara je?

tapikan beb, aku nak tengok konsert je...ape cerita belakang berlansungnya konsert tu aku tak amek tawu..huhuh...bukan aku penganjur....aku penonton je...hihih....

apepun HIDUP SATU MALAYSIA...yang penting negara kite aman...bebas..tapi masih ade lagi penjajahan tapi dari segi sudut lain...pikir2 kan lah kome~~~

CERITA selanjutnye ada di SINI LA STORY

Giveaway : pencarian BLOGLIST tegar!

cik VIDA...saya nak join tawww~~~~

korang nak join pergi BLOG ni
BANYAK HADIAH YANG MENARIK ESPECIALLY TUK WANITA
HIHIHI

lagu MALAYSIAN BOY bawak kontroversi?

salam syawal
korang dah dengar lom lagu MALAYSIAN BOY nyanyian artis tempatan seperti Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc, & Rabbit Mac??
sedap taw bile dengar sebab music dia ade gaya lagu AMERICAN BOY...
kenapa ade dengar cerita nak saman itu lah inilah...sedangkan lagu ini terbitan ASTRO..so tak bolehla saman penyanyinye..entah la~~

nak tawu cerita lanjut kat SINI LA STORY



masing2 da sebok ke nak ke konsert suara kami tuh?
cam menarik ye dak?
konsert bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September
Konsert percuma yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka,  jam 8.00 malam
KONTROVERSI??? lagi sekali???

katanye ade yg tak berpuas hati kenapa konsert sebegini yang kononnya dalam konteks SATU MALAYSIA perlu invite artis luar negara..
entah la jahhhhh
aq x tawuuu
yang aq tawu, aq hanya nak tengok je konsert tu yg akan ditayangkan di beberapa saluran Astro iaitu Ria (104), Raya HD (188), AEC (301), Vaanavil (201) dan Hitz (705) dan juga selaku rakan media , RTM2 dan TV9

segala cerita terkini ada disini LA STORY 


SEKIAN

P/S: kalau ikut akulah, aku cume layan je lagu dia, pastu nak tgok je artis2 nyanyi..dah le..huhu.jangan smpi melalaikan dah le...

MINAT SAMA TU ELOK KER?


Kami berlainan jantina
Umur pun lain...i mude 2 tahun..dia TUA dah la dari aq 2 tahun (kire sendiri)
Rupe pun lain (tapi kadang2 je ade org kata sama)
Perangai lain (kadang2 je sama sebab DEGIL)
tapi kami ada minat yang sama
tu ha cam kat atas tuh
berposing bagai nak rak
lagi pulak, kami ni belajar dalam aliran yang sama
GRAFIK
minat woooo
HAHAHAHAH

ape lak minat korang yg sama dengan si jantung hati??
kabor lew sikit~~~~

KEMPEN KEMBALI MASUK U













Marilah berkempen kejap
Next week kan da start sem baru pada pelajar lama universiti
ADUHHHHHH
mesti berat je hati kan korang nak masuk belajar lagi after 4 bulan merambu cuti sana sini??
aku ni da tak cam cuti...
4 bulan dihabiskan dengan 2 bulan berPRAKTIKAL
2 bulan lagi kerja dekat Uitm...bahagian GRAFIK
so mane de kenal erti cuti..cuti pun time raya
ni pun ha masih g kerja even next week da start belajar balik

takpe~~ motivasi tuk cari duit kawen!!! HAHAHAH..gatai dahhh
nak taknak aku kene tamatkan ijazah aku yang lagi berbaki setahun tuk dihabiskan
parah tolllll!!!

bila nak habis ni!!
nak kawen!!!
HAHAHAH..gatai lagi

Sep 7, 2011

BERAYA tak banyak sangat gambar pun

kalau tak raya dengan yang tersayang mana lengkap

mama saya yang comel

ibubapa saya yang menjaga saya hingga kini

Happy Family at Home

p/s: tak banyak amek gambar raya sebab raya pun cam tak raya je...hmmm

Aug 26, 2011

muka BOSAN!! cmni kot

gambar diambil dalam wayang..takde kene mengena dengan tajuk entry..haha..mengong je aku
BOSAN ni!!!

~~sekian~~

PELANGGAN TETAP COSMOPOLITAN


cover edisi SEPTEMBER
canteeekkkk sangat kombinasi color tu
SUKERRRRR


yang penting!!!
gambar KAKAK aku
awwwwww
ko ado??

Kempen Pelalian HPV - Cegah kanser serviks


Ini ade sedikit info tentang kempen Pelalian HPV - Cegah kanser serviks
perkara ni jangan di ambil mudah sebab ia berkaitan kesihatan wanita
pada anak2 gadis seperti kamu, pergi dapatkan pelalian ni dekat klinik kerajaan


Apakah pelalian HPV ?
Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :

Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama. 


lagi info sila klik SINI

Bile rasanye da malas nak keje ni

aduhhh..lagi sehari je kot aku kene kerja...tapi kerje pun da xde senanye..layan FB je lebih dgn Blog...bosan dah ni..cm nak cabut lari jalan2 kat PKNS SHAH ALAM je...sapa nak teman??? terpksa lah g sorang2 kalau nak jalan pun...sediiihhhh

KAKAK AKU NAK KAHWIN TAHUN DEPAN

Salam Ramadhan
emm jemputlah datang ke majlis kahwin kakak aku tahun depan
dorang da plan tapi tak gitaw umum lagi bile langsungnya
korang tunggu je taw

sweet tak?? sweet kan
 cerita selanjutnye DISINI


KAD RAYA BUAT MEREKA PART 3

Sebelum ni aku da bagi hampir sepuluh orang KAD RAYA BUATAN TANGAN SENDIRI pada kawan2 blogger aku dekat SINI dan SINI

dan ini ada lagi tuk mereka~~~
http://mentega-terbang.blogspot.com/
http://belogjuryn.blogspot.com/

RAYA KETIGA BERSAMA TERCINTA

Serasa macam baru semalam kite bertemu, bercinta
tapi sedar tak sedar kite da hampir tiga tahun bersama menyulam cinta
insyaallah...andai diberi umur panjang, aku ingin menjadi suri dalam hidupmu
menjagamu sepenuh hatiku, menyintaimu sampai akhir hayatku


SELAMAT HARI RAYA SAYANG
SEMOGA HARI RAYA KALI NI BERI SERIBU KEBAHAGIAAN BUAT KITA
MAAFKAN SALAH SILAP I SELAMA NI ANDAI PERNAH MENGGURIS HATI U
SAYANG U SAMPAI BILA2~~~heheh..=)

sorry ter'download' dlm FB...heheheh..cyg u~~muah2~~

BALASAN KAD RAYA DARI SIDIA

Aku hantar kad raya pakai blog je skrg ni
 so hantar pada sorg kenalan baru blog ni
~~~comei orgnye~~~

dan baru pagi ni aku bukak blog, aku dapat balasan kad raya dari dia

THANX DEAR
selamat hari raya aidilfitri
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Aug 23, 2011

FENOMENA HANTAR KAD RAYA KAT FB DAH START

SALAM RAMADHAN
kawan-kawan da ramai yang edit gambar sendiri, ade yang gambar dengan pakwe masing2 lah, ade yang buat kad raya sendiri la, doodle lagi dan macam2 la...and post kat FB....

aku bile lagi????
huhuhu...aku mesej MR BUAH HATI aku

"nanti u design kad raya pastu kite tag kan kawan2 kite yer"


"tapi gmbar xde"


"ala gmbar raya tahun sudah yg baju kite sedondon tu kan ade, u amek jelah"


"okey darling"

hahaha..gedik kan??
orang buat kite pun nak
pastu suruh MR BUAH HATI lak buatkan
padahal tahu je buat sendiri

(sebab aku tahu dia buat akan nmpk lagi cantik)
heheh...(MALAS senanye aku ni) hahah

Aug 22, 2011

RAYA - RAYA JUGAK...merdeka jangan dilupa!

AWAS!!!







haa korang tu..
memang sekarang mood raya tengah berkobar2
tapi jangan dilupa
raya kite bakal disambut selepas negara MERDEKA
oleh itu, kemeriahan raya tu bagi sikit dekat MERDEKA ok
baru FAIR ~~~~=)


p/s: depan rumah aku da kibar bendera MALAYSIA..korang bile lagi?

THANX LYANA MAHAT~~~~

salam ramadan

thanx taw LYANA MAHAT
sbb sudi buatkan kad raya cute cmni
jgn marah sbb i ade dua
nak camni g mintak kat dia
hehehe

suke header awak
kalerpul cam header saya gak
HEHEHE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...